Wednesday, December 5, 2007
Sepetang Di Tasik Biru (1 Disember 2007)
Posted by Unknown at 8:11 AM 7 comments
Labels: Airnya Ijo..Nama saja biru..
Thursday, November 29, 2007
Take A Chance On Me
Tadi masa pegi lunch dengar lagu nih kat Sinar FM..Macam best dari kumpulan ABBA..Nak kongsi la dengan korang..BEst ke? Hehehe..
Perhatian: Nak tengok video nih..Sila tutup lagu kat bawah ni..Ok..klu tak lagu campur aduk..
Posted by Unknown at 5:32 PM 6 comments
Saturday, November 24, 2007
XtVt Hari Ini (24hb Nov 2007)
Awal pagi dalam pukul 8 lebih, pada mulanya aku nak pergi Shah Alam untuk membayar bil air di Kompleks PKNS..Tapi hampa, TUTUP pada hari sabtu..Terpaksa aku gantikan dengan hari lain..Kemudian, aku bercadang untuk menuju ke KL melalui Federal Highway, sampai betul-betul depan opis aku..jem..sebab ada roadblock polis..ini disebabkan esok ada perhimpunan haram bakal diadakan dihadapan British Council kat KL. Aku melencong masuk LDP dan seterusnya aku pi jalan-jalan keluar dekat Sg Buloh ke Kepong ke Batu Caves ke Ampang ke Sg.Besi ke Kajang ke Semenyih ke Beranang dan sampaila kampung aku iaitu Lenggeng. Masa perjalanan lebih kurang sejam lebih.
Sampai kat rumah ni, anak-anak buah aku yang tiga orang tu sambut aku balik dengan gembiranya..Hehe..pakcik kesayangan la katakan..:P..Anak sendiri belum ada lagi..Huhu..Bila la nak tukar status nih..:)..
Petang tadi macam biasa, aku lepas geram sebab tak dapat online masa kat umah Damansara..Balik malam takde apa nak buat..tido je kat sana..Kat kampung ni lepas geram..Dalam masa tu sempat la YM dengan kengkawan..tapi tak ramai yang online..berapa kerat je..Yang lain enjoy wiken kot dengan temen-temen mereka..Aku aja yang terkontang kanting lagi ni..Huhuhu..
Petang dalam pukul 5 lebih, aku basuh 2 keta..Keta aku dengan keta kakak aku..Aku tak tau la dah berapa kurun dia tak basuh keta dia tuh..Hehehe..Jarang aku nampak dia basuh keta dia.. :P..pukul 7 settle..lepas tu mandi..solat..tgk Doraemon..Hehe..Jiwa muda..Sambil makan malam masakan mak aku tengah hari tadi..gulai pucuk ubi dan tofu goreng berlada..Cukup la tuh..Lagipun aku memang tak makan banyak..Sebab tu aku kering kontang..Hehehe..
Malam ni aku mencoretkan apa yang berlaku hari ini..sambil donlod lagu-lagu evergreen dari Sudirman..Bagi peminat-peminat Sudirman..Sila-silakan layan lagu kat bawah ni..nanti ada masa tambah lagi lagu2nya..Hehe..Selamat Malam!!
Posted by Unknown at 10:07 PM 7 comments
Sunday, November 18, 2007
Andai Ku Tahu...
Andai ku tahu…
Andai ku tahu…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Andai ku tahu….
Posted by Unknown at 7:50 AM 8 comments
Labels: Lagu Dari UngU
Thursday, November 15, 2007
KeTenTuaN
Aku rela begini
Chorus:
Ku hapuskan airmata dari mengiringi
Tak semudah kau rasa
Melepaskan kau pergi
Hati yang terluka dikunjung jua
Kerinduan yang tidak tertanggung terhadapmu
Bridge:
Sesungguhnya
Ku tahu betapa sukar untukku
Menempuh hidup
Walau sehari tanpamu
Ku terseksa
Posted by Unknown at 10:15 PM 8 comments
Labels: A Song By RamlaH RaM
13 Nov 2007 (Imbau Kembali)
Setelah beberapa ketika menunggu, namaku telah dipanggil oleh jururawat yang bertugas dan aku telah berjumpa dengan seorang doktor berbangsa India bernama Dr Rishikesan. Seorang doktor yang aku rasakan muda melihatkan rupa paras beliau. Tapi itu semua tidak penting bagi aku, yang penting sekarang ialah aku ingin mengetahui keputusan ujian CT scan dan ujian darah serta urine yang telah dilakukan sebelum ini.
Aku sangka semuanya berakhir disini sahaja. Doktor tersebut suspek bahawa punca permasalahan sakit kepala aku dan lain berpunca dari keadaan darah aku yang agak pekat daripada biasa. Doktor telah mengarahkan aku supaya mengambil sampel darah pada petang itu juga. Selepas ini, aku akan dihubungi oleh pihak hospital untuk mengambil lagi sampel darah bagi membuat ujian khas terhadap darah aku dimana ia perlu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dianalisa. Doktor menyatakan bahawa jika aku ingin menjalankan ujian atersebut di luar atau di klinik swasta, ia menelan belanja sebanyak RM800 hanya untuk ujian itu.
Doktor telah memberikan aku Aspirin untuk mencairkan darah dan juga ubat tahan sakit/pain killer untuk sakit kepala/migraine. Aku sedang menunggu panggilan dari pihak hospital untuk mengambil darah seterusnya. Aku akan bertemu semula doktor tersebut pada 28 Nov ini. Aku harapkan semua berjalan dengan lancar dan Insya Allah aku harap dapat kembali sihat seperti sedia kala. Aku hanya mampu berdoa dan berusaha.. ;)
Posted by Unknown at 8:08 PM 8 comments
Doa Yang Indah
Aku meminta kepada Allah untuk menyingkirkan penderitaanku.
Allah menjawab, Tidak. Itu bukan untuk Ku singkirkan, tetapi agar kau mengalahkannya.
Aku meminta kepada Allah untuk menyempurnakan kecacatanku.
Allah menjawab, Tidak. Jiwa adalah sempurna, badan hanyalah sementara.
Aku meminta kepada Allah untuk menghadiahkanku kesabaran.
Allah menjawab, Tidak. Kesabaran adalah hasil dari kesulitan; itu tidak di hadiahkan, itu harus di pelajari.
Aku meminta kepada Allah untuk memberiku kebahagiaan.
Allah menjawab, Tidak. Aku memberimu berkat. Kebahagiaan adalah bergantung padamu.
Aku meminta kepada Allah untuk menjauhkan penderitaan.
Allah menjawab, Tidak. Penderitaan menjauhkanmu dari perhatian duniawi dan membawamu mendekat padaKu.
Aku meminta kepada Allah untuk menumbuhkan rohku.
Allah menjawab, Tidak. Kau harus menumbuhkannya sendiri, tetapi Aku akan memangkas untuk membuatmu berbuah.
Aku meminta kepada Allah segala hal sehingga aku dapat menikmati hidup.
Allah menjawab, Tidak. Aku akan memberimu hidup, sehingga kau dapat menikmati segala hal.
Aku meminta kepada Allah membantuku mengasihi orang lain, seperti Ia mengasihiku.
Allah menjawab.., akhirnya kau mengerti. HARI INI ADALAH MILIKMU JANGAN SIA-SIAKANNYA. Bagi dunia kamu mungkin hanyalah seseorang, Tetapi bagi seseorang kamu adalah dunianya.
Posted by Unknown at 7:44 PM 5 comments
Wednesday, November 7, 2007
Monday, November 5, 2007
Retro
Lagu Retro nih..Mendayu-dayu..Layankan.. Jom nyanyi..
Posted by Unknown at 1:24 PM 7 comments
Labels: Lagu Dari KhairuL IdlaN
Thursday, November 1, 2007
Venepuncture & Urine @ HTJ
Khamis 1 Nov 07, aku telah mengambil cuti separuh hari kerana ada temujanji dengan pihak Hospital Tuanku Jaafar aka Hospital Seremban bagi tujuan mengambil sampel darah juga urine.
Aku telah keluar dari rumah tepat jam 7.30 pagi, ini adalah kerana temujanji sepatutnya pada pukul 8 pagi dan perjalanan dari rumah aku ke Hospital tersebut mengambil masa lebih kurang 1/2 jam. Disebabkan oleh banyak kenderaan berpusu-pusu ke bandar Seremban. Ini mungkin mereka ingin ke tempat kerja mereka, aku tiba lewat di hospital. Oleh kerana itu, aku terpaksa parkir kereta aku agak berjauhan dari klinik venepuncture dan aku terpaksa 'menapak' untuk tiba di klinik itu.
Aku sangkakan tidak ramai orang, nyata sangkaanku benar meleset. Dah ramai orang menunggu giliran masing-masing untuk mengambil sampel darah. Aku serahkan borang berkenaan kepada pegawai bertugas, dia telah memberikan aku nombor giliran. Aku adalah orang ke 76. Aku juga telah diberikan sebuah bekas untuk mengambil sampel urin.
Aku beredar dan menuju ke tandas dan menghantar sampel urine itu ke Makmal Patologi. Kemudian kembali semula ke klinik itu. Aku tengok, nombor giliran baru saja menjengah nombor ke 25. Aduh...Lama lagi aku terpaksa tunggu. Malas aku nak duduk dekat kerusi disediakan. Aku rela berdiri sambil menunggu giliran ku sampai.
Setelah penat berdiri menunggu, akhirnya tiba jua giliranku. Aku masuk dann mengambil borang beserta dengan 4 tabung uji terlekat diatasnya. Aku agak terkejut, aku sangkakan hanya sebuah tabung uji diperlukan tetapi 4. Banyak tu. Sambil menunggu dipanggil oleh pegawai bertugas, aku telah melihat seorang lelaki india yang sedang dikerjakan oleh pegawai yang ditugaskan mengambil darah lelaki tersebut. Pegawai tersebut berseloroh "Ambil banyak-banyak darah ni lepas tu simpan dalam peti sejuk" kepada lelaki terbabit. Mungkin mereka bergurau aja kot. Aku leka memerhati pegawai itu menjalankan tugasnya, nyata dia gagal mengeluarkan jumlah darah yang diperlukan dari lelaki india itu.
Pegawai itu telah menyerahkan lelaki tersebut kepada pegawai yang lain untuk men'settle'kan lelaki tersebut. Aku tak tau apa terjadi selepas itu kerana pegawai tadi jugalah yang telah mengambil sampel darah aku. Aku agak gementar kerana jarum suntikan untuk mengambil darah aku agak besar, mana taknya 4 tabung uji perlu dipenuhkan. Hehe. Nyata pegawai tersebut berjaya menjalankan tugasnya. Aku berasa lega kerana aku bimbang perkara yang sama berlaku lagi terhadap aku.
Setelah selesai mengambil sampel darah, pegawai tersebut membenarkan aku pergi. Aku juga dengan selamba memberikan ucapan "Terima Kasih" kepadanya. Aku terfikir sejenak, wajarkah aku memberikan ucapan 'Terima Kasih' tersebut?
Segala keputusan akan aku ketahui apabila berjumpa dengan doktor pakar dari klinik MOPD pada 13 Nov kelak. Doakan aku sihat ya.
Posted by Unknown at 8:12 PM 8 comments
Monday, October 29, 2007
1000 TahuN
Tapi benarkah hidup aku akan selama ini
Biar berputar ke arah selatan ku tak putus harapan
Sentiasa setia
Relaku mengejarmu seribu batu jauh lagi
Tapi benarkah kaki ku-kan tahan sepanjang jalan ini
Biar membisu burung bersiulan terlelah gelombang lautan
Ku masih setia
Adakah engkau tahu... ini cinta
Adakah engkau pasti... ini untuk selama-lamanya
Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku akan selama ini... yeah...
Biar berputar ke arah selatan ku tak putus harapan
Sentiasa setia
Jangan putus harapan... sentiasa setia......
Posted by Unknown at 9:08 PM 8 comments
Labels: A Song By ImraN AjmaiN
Sunday, October 28, 2007
Aku Mau
Kau boleh acuhkan diriku
Dan anggap ku tak ada
Tapi takkan merubah perasaanku
Kuyakin pasti suatu saat
Semua kan terjadi
Dan tak akan pernah melepasku
Aku mau mendampingi dirimu
Aku mau cintai kekuranganmu
Selalu bersedia bahagiakanmu
Apapun terjadi
Kau boleh jauhi diriku
Namun kupercaya
Dan tak akan pernah melepasku
Aku mau mendampingi dirimu
Aku mau cintai kekuranganmu
Aku yang rela terluka
Untuk masa lalu
Posted by Unknown at 2:11 PM 4 comments
Labels: A Song By Once
Jantung Oh Jantung
Posted by Unknown at 8:45 AM 10 comments
Wednesday, October 24, 2007
Cafergot,Caffox dan Synflex
Posted by Unknown at 9:46 PM 11 comments
Tuesday, October 23, 2007
TragedI OktobeR
Posted by Unknown at 8:02 AM 6 comments
Monday, October 22, 2007
Salam Sejahtera
Assalamualaikum,
Ini adalah kali pertama saya berblogging. Diharap semua senior dalam blog nih bolehla membantu saya dalam blog nih.
Sekian.
Dean
Posted by Unknown at 8:25 AM 0 comments