»

Sunday, October 28, 2007

Jantung Oh Jantung


Aku bertanya "Jantung Oh Jantung, Kenapa Engkau Sakit", jawab jantung pula "Macam mana aku tak sakit, kolestrol banyak sangat". Ini adalah versi aku di adaptasi dari lagu "Bangau Oh Bangau".


Pada hari jumaat yang lepas, jadual biasaku adalah menghantar barang keluar untuk tujuan servis. Sebaik sahaja selesai, aku singgah di Subang Parade dan menikmati santapan di McD. Setelah selesai makan, memandangkan masih ada masa sebelum masuknya waktu Zohor aku mengambil peluang dengan meronda-ronda di sekitar Subang Parade. Sesudah selesai mengelilingi kompleks tersebut, sekarang tiba masanya bagi aku melangkahkan kakiku ke masjid. Ketika dalam perjalanan itu aku mengalami kesakitan di jantungku buat seketika. Ia benar-benar membuatkan aku risau.



Petang setelah habis waktu kerja seperti biasa 5.30 pm, aku telah singgah di sebuah klinik di Mantin bagi mengambil ubat sakit kepala dan dengan kesempatan itu aku juga telah menyatakan mengenai kesakitan jantung yang aku alami. Doc tersebut telah memberi nasihat supaya aku pergi ke Hospital untuk pemeriksaan lebih lanjut. Doc itu juga memberikan nasihat supaya aku lebih berhati-hati dalam pemilihan makanan, sebagai contoh daging ayam dan lembu, makanan berminyak, santan dsb. Doc menasihatkan supaya aku makan lebih banyak sayur-sayuran.


Ia benar-benar membuatkan aku bertambah risau. Adakah aku menghadapi sakit jantung yang kritikal? Mungkin aku akan mengutarakan perkara ini kepada doc yang bakal aku temui untuk sesi follow up di klinik pakar Hospital Tuanku Jaafar, Seremban pada 13 Nov nanti. Aku harap tiada apa yang serius mengenai jantungku. Sekiranya ada, aku terpaksa menerimanya dengan hati yang cekal,redha dan tabah dengan kesemua penderitaan yang aku hadapi ini.

10 comments:

Lina said...

Sakit jantung?........

Susah nak ramal naku takleh bygkan ape rase sakit yg ko alami.hrp2 nya takde ape lah ye.....amik je ubat betul2......jgn skip.aku takut efek dr ubat migraine yg ko amik je.......ubat ni kdg2 takleh campur2 mkn.karang lain pulak jdnya......ko cek la btui2 ngan doc. tu...Tapi apapun result ko dpt lps ni, bersabarlah...tabahkan ati.....tapi sentiasa think +ve....

Unknown said...

azlina:

Terima kasih sebab sudi ambil berat tentang masalah aku. Aku tulis semua ni bukan untuk mendapatkan simpati orang ramai terhadap masalah aku. Cuma sinilah tempat aku dapat menyatakan masalah aku. Memang betul apa ko ckp tu, mungkin ubat yang aku ambik tu ada efek.

Campur-campur ubat pun boleh mendatangkan bahaya. Harapan aku, supaya result yang aku dapat baikla. Doakan aku sihat ye. Itu jela yang mintak. Tak lebih dari itu. Hehehe.

Lina said...

huhuhuhu......aku tau kalo ko cerita lebih2 pun ko takut org simpati ngan ko...common feeling la tuh...psl aku doa tu...aku bkn saje doakan ko sihat, aku doakan ko cepat2 jumpe jodoh sekali..kuikuikui.......:p.....

Anonymous said...

harap dean sabar dalam mnempuh dugaan.. kita ditimpa penyakit adalah kerana Allah sayang kita dan Dia mahu kita sentiasa ingat padaNYA. The more Allah loves us, the more Allah tests us.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Azlina:

Yela...Buat pe nak mengharap simpati orang....Orang lagi menyampah adala...Aku pun doakan ko supaya cepat temu jodoh...Hehehehe


Edot:

Time kasih...Sungguh berharga kata-kata itu...

rem said...

sakit jantung eh..harap sabar tan tabah..huhu.life goes on bro,harap yg terbaik daripada Allah.saya doakan kesihatan berpanjangan.ameen.

Unknown said...

Rem:

Thanks a lot bro..Yeah you are right..Life goes on..Tapi sakit tu tetap sakit..Tapi kena hadapi dengan hati terbuka menghadapi dugaan..Jaga kesihatan..

Anonymous said...

Ada terapi yang disebut dengan terapi khelasi EDTA (EDTA chelation therapy) bisa mencegah atau bahkan mengatasi penyakit jantung koroner.

Salam,

Anis

mr. hafis said...

i take caffox as i got migraine. and the contains scared me.

caffeine 100mg.
ergotamine tartrate 1mg.

im not a medical student.