»

Thursday, November 1, 2007

Venepuncture & Urine @ HTJ


Khamis 1 Nov 07, aku telah mengambil cuti separuh hari kerana ada temujanji dengan pihak Hospital Tuanku Jaafar aka Hospital Seremban bagi tujuan mengambil sampel darah juga urine.

Aku telah keluar dari rumah tepat jam 7.30 pagi, ini adalah kerana temujanji sepatutnya pada pukul 8 pagi dan perjalanan dari rumah aku ke Hospital tersebut mengambil masa lebih kurang 1/2 jam. Disebabkan oleh banyak kenderaan berpusu-pusu ke bandar Seremban. Ini mungkin mereka ingin ke tempat kerja mereka, aku tiba lewat di hospital. Oleh kerana itu, aku terpaksa parkir kereta aku agak berjauhan dari klinik venepuncture dan aku terpaksa 'menapak' untuk tiba di klinik itu.

Aku sangkakan tidak ramai orang, nyata sangkaanku benar meleset. Dah ramai orang menunggu giliran masing-masing untuk mengambil sampel darah. Aku serahkan borang berkenaan kepada pegawai bertugas, dia telah memberikan aku nombor giliran. Aku adalah orang ke 76. Aku juga telah diberikan sebuah bekas untuk mengambil sampel urin.

Aku beredar dan menuju ke tandas dan menghantar sampel urine itu ke Makmal Patologi. Kemudian kembali semula ke klinik itu. Aku tengok, nombor giliran baru saja menjengah nombor ke 25. Aduh...Lama lagi aku terpaksa tunggu. Malas aku nak duduk dekat kerusi disediakan. Aku rela berdiri sambil menunggu giliran ku sampai.

Setelah penat berdiri menunggu, akhirnya tiba jua giliranku. Aku masuk dann mengambil borang beserta dengan 4 tabung uji terlekat diatasnya. Aku agak terkejut, aku sangkakan hanya sebuah tabung uji diperlukan tetapi 4. Banyak tu. Sambil menunggu dipanggil oleh pegawai bertugas, aku telah melihat seorang lelaki india yang sedang dikerjakan oleh pegawai yang ditugaskan mengambil darah lelaki tersebut. Pegawai tersebut berseloroh "Ambil banyak-banyak darah ni lepas tu simpan dalam peti sejuk" kepada lelaki terbabit. Mungkin mereka bergurau aja kot. Aku leka memerhati pegawai itu menjalankan tugasnya, nyata dia gagal mengeluarkan jumlah darah yang diperlukan dari lelaki india itu.



Pegawai itu telah menyerahkan lelaki tersebut kepada pegawai yang lain untuk men'settle'kan lelaki tersebut. Aku tak tau apa terjadi selepas itu kerana pegawai tadi jugalah yang telah mengambil sampel darah aku. Aku agak gementar kerana jarum suntikan untuk mengambil darah aku agak besar, mana taknya 4 tabung uji perlu dipenuhkan. Hehe. Nyata pegawai tersebut berjaya menjalankan tugasnya. Aku berasa lega kerana aku bimbang perkara yang sama berlaku lagi terhadap aku.

Setelah selesai mengambil sampel darah, pegawai tersebut membenarkan aku pergi. Aku juga dengan selamba memberikan ucapan "Terima Kasih" kepadanya. Aku terfikir sejenak, wajarkah aku memberikan ucapan 'Terima Kasih' tersebut?

Segala keputusan akan aku ketahui apabila berjumpa dengan doktor pakar dari klinik MOPD pada 13 Nov kelak. Doakan aku sihat ya.

8 comments:

rem said...

banyaknye sample urin kena amek,sampai 4 tuh! wah.jenuh kena kencing banyak² ..hehe;p

Unknown said...

Ehehehe...Sebenarnya gambar tu utk sampel darah..Tak sempat nak snap gambar botol untuk urine..Hehehee...Nak cepat..:P

Lina said...

erm........aku bab2 jumpe doc ni seram sikit, lebih2 lagi amik darah, eleh ko bukan tak smpat ko segan tuh.....mcm la aku tak tau...erm.harap2 keputusan yg kuar nanti oklah....doa byk2 ek.....slps ni ko kenalah jaga kesihatan btul2, jgn man redah je mkn.......umur dah lebih suku abad.......hehehehe........

Unknown said...

Azlina:

Haha..Takkan la ko nak suruh aku snap gambar pic botol penuh dengan urine tuh..Takde kije ke?? Hehehe..

Ko ni ada fobia dengan doc ke? Kesian..Mesti jumpa doc truz lari...Hahaha..

Insya Allah, aku pun harap keputusan aku baik..Huhuhu..Nak makan pe lagi ye, klu itu ini tak bleh makan..Lecehla..Nak kena jadi kambing..Makan rumput..Huhuhuhu..:P

Aku sedar diri ni..dah lebih suku abad..:D

arsaili said...

salam bloghopping.erkk harap sdr beroleh kesihatan yang baik...ummm sy beratus kali kena ambik darah..cuak tetap ada.ekekeke...sakit gak ambik darah ni..sakit lengan 2-3 hari..lebam plak tu...

TokNabe said...

salam....selamat 'berblogging' dan selamat berjumpa kekawan maya. Moga2 anda sihat walafiat hendaknya. Hui...byk juga darah nak amik sampai 4 tabung. Mmg ngeri pasal jarum2 ni.

Unknown said...

Arsaili:

Aduh...Beratus kali ambik darah ni..Abisla berlubang-lubang lengan tuh..Hehehe...Pasti sakit lagi serius nih..Semoga lekas sembuh..Saya doakan..Ameen..

TokNabe:

Time kasih doakan kesejahteraan saya nih. Syukran. 4 tabung untuk 4 jenis test. Tak tau untuk apa..Tapi ada jarum suntikan yang lagi perit penah kena, masa buat biopsy hati, ambik sampel hati..Sakitnya...Huhuhu

mochitsuki said...

saket ape ni ek.. :-?