»

Thursday, November 15, 2007

13 Nov 2007 (Imbau Kembali)



Akhirnya malam ni dapat juga aku menulis tentang peristiwa 13 Nov yang lepas.


Pada 13 Nov lepas, aku ada temujanji dengan doktor pakar (agaknya) dari Klinik MOPD, Hospital Tuanku Jaafar Seremban. Di jadualkan pada pukul 2 pm, seperti biasa aku terpaksa menunggu giliran. Kelihatan di klinik tersebut dipenuhi oleh warga emas. Ada segelintir warga muda termasuk aku di klinik terbabit. Adalah lumrah manusia, semakin tua, semakin banyak penyakit yang bakal kita hadapi.


Setelah beberapa ketika menunggu, namaku telah dipanggil oleh jururawat yang bertugas dan aku telah berjumpa dengan seorang doktor berbangsa India bernama Dr Rishikesan. Seorang doktor yang aku rasakan muda melihatkan rupa paras beliau. Tapi itu semua tidak penting bagi aku, yang penting sekarang ialah aku ingin mengetahui keputusan ujian CT scan dan ujian darah serta urine yang telah dilakukan sebelum ini.


Alhamdulillah, keputusan dari CT scan tidak menunjukkan sebarang abnormaliti pada otak aku. Jika ada, pastinya membuatkan aku susah hati. Begitu juga dengan ujian darah serta urine, tiada sebarang masalah. Tapi mengapa aku menjalani semua ujian ini?


Aku sangka semuanya berakhir disini sahaja. Doktor tersebut suspek bahawa punca permasalahan sakit kepala aku dan lain berpunca dari keadaan darah aku yang agak pekat daripada biasa. Doktor telah mengarahkan aku supaya mengambil sampel darah pada petang itu juga. Selepas ini, aku akan dihubungi oleh pihak hospital untuk mengambil lagi sampel darah bagi membuat ujian khas terhadap darah aku dimana ia perlu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dianalisa. Doktor menyatakan bahawa jika aku ingin menjalankan ujian atersebut di luar atau di klinik swasta, ia menelan belanja sebanyak RM800 hanya untuk ujian itu.


Doktor telah memberikan aku Aspirin untuk mencairkan darah dan juga ubat tahan sakit/pain killer untuk sakit kepala/migraine. Aku sedang menunggu panggilan dari pihak hospital untuk mengambil darah seterusnya. Aku akan bertemu semula doktor tersebut pada 28 Nov ini. Aku harapkan semua berjalan dengan lancar dan Insya Allah aku harap dapat kembali sihat seperti sedia kala. Aku hanya mampu berdoa dan berusaha.. ;)




8 comments:

arsaili said...

salam..harap2 semuanya ok la dean...isk3..macam2 jer kan..tapi kena redha la..penyakit tu kifarah kepada dosa2 yg kita lakukan

intansabreena said...

Banyak2kan bersabar dengan dugaan hidup ini. Yang penting sekarang, jaga makan. Dari usia muda nilah, kita kena jaga makan utk hari tua kita. Betul tak?

Lina said...

erm...first stage dah settle, ko yg kena kuat wlpun apa yg jadi lps ni. Aku hrp ko jd org yg berhati besar nanti. Byk2 berdoa utk result second stage lak. Gud luck bro!!

Unknown said...

Dean sakit yaaa...skrg mcm ne...aku harap kau cepat sihat eh.....kalau leh hidup ni jangan bergantung kat ubat sgt tika memerlukan ajer....rehat secukupnya...

TokNabe said...

harap bersabar dengan dugaan ni. Semua orang dah ada KETENTUAN masing2. Cuma ketentuan tu sama ada kesenangan atau kesusahan saja berbeza. Cuma harap bersabar dalam menempuh semua ni.

Unknown said...

arsaili:

Memang diakui diri ini terlalu bnyk dosa telah dilakukan..Hendak cuba menjadi insan yg lebih baik..Insya Allah..

intan:

Betul tu..Kalau bukan sekarang bila lagi..;)..Nak tunggu dah tua memang dah lewat..

Azlina:

Aku tak nak la jadi orang yang hati besar sangat..Tu abnormal..Hehehe..Anyway, thanks for ur support..Aku hargai keperihatinan diberikan.. ;)

dav_perantau:

Sekarang masih lagi sama..sakit kepala n lain2 silih berganti tak kira waktu..memang sekarang kurang bergantung kat ubat..tp kalu dah teruk tu terpaksa gak ambik..huhuhu..:(

toknabe:

Insya Allah sy akan cuba menghadapi semua ini dengan tabah..tetapi kadang2 perasaan putus asa tu tetap ada..Boleh tok bagi nasihat macam mana nak mengatasi perasaan tersebut? Saya ni bukannya cekal sepeti yang lain..:(

DeLLa said...

sakit tu slh satu ujian dr Allah...kalo Allah bg ujian pd hambaNya...maksudnya...Allah syg pd hambaNya itu...so maknanye...ko salah seorg hamba yang disayangiNya.jadi kena redha dan jgn menyesali sume ini

Antulawa said...

dean..baru hari ni lawa baca n3 dean mengenai penyakit dean!Dahsat lawa ni terlampau suka masuk blog dean hingga tak perasan apa dean tulis tu!lawa nak tanya dean sakit bahagian mana?depan dahi atau kepala?kalau cuma bahagian depan dahi dan rasa sengal bila sentuh ..itu cuma penyakit sinus kalau tak silap lawa la.Org kg kata pekang!Kalau cuma sinus boleh lega dgn hanya buat operation dan matikan sel yg basah atau keringkan tu je...lawa pernah dapat sakit sinus tu tapi kini dah ok bertahun tahun!