»

Monday, October 29, 2007

1000 TahuN




Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku akan selama ini
Biar berputar ke arah selatan ku tak putus harapan
Sentiasa setia

Relaku mengejarmu seribu batu jauh lagi
Tapi benarkah kaki ku-kan tahan sepanjang jalan ini
Biar membisu burung bersiulan terlelah gelombang lautan
Ku masih setia


Adakah engkau tahu... ini cinta
Adakah engkau pasti... ini untuk selama-lamanya

Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku akan selama ini... yeah...
Biar berputar ke arah selatan ku tak putus harapan
Sentiasa setia

Jangan putus harapan... sentiasa setia......




Sunday, October 28, 2007

Aku Mau


Kau boleh acuhkan diriku
Dan anggap ku tak ada
Tapi takkan merubah perasaanku
Kepadamu

Kuyakin pasti suatu saat
Semua kan terjadi
Kau kan mencintaiku
Dan tak akan pernah melepasku

Aku mau mendampingi dirimu
Aku mau cintai kekuranganmu
Selalu bersedia bahagiakanmu
Apapun terjadi
Kujanjikan aku ada

Kau boleh jauhi diriku
Namun kupercaya
Kau kan mencintaiku
Dan tak akan pernah melepasku

Aku mau mendampingi dirimu
Aku mau cintai kekuranganmu
Aku yang rela terluka
Untuk masa lalu

Jantung Oh Jantung


Aku bertanya "Jantung Oh Jantung, Kenapa Engkau Sakit", jawab jantung pula "Macam mana aku tak sakit, kolestrol banyak sangat". Ini adalah versi aku di adaptasi dari lagu "Bangau Oh Bangau".


Pada hari jumaat yang lepas, jadual biasaku adalah menghantar barang keluar untuk tujuan servis. Sebaik sahaja selesai, aku singgah di Subang Parade dan menikmati santapan di McD. Setelah selesai makan, memandangkan masih ada masa sebelum masuknya waktu Zohor aku mengambil peluang dengan meronda-ronda di sekitar Subang Parade. Sesudah selesai mengelilingi kompleks tersebut, sekarang tiba masanya bagi aku melangkahkan kakiku ke masjid. Ketika dalam perjalanan itu aku mengalami kesakitan di jantungku buat seketika. Ia benar-benar membuatkan aku risau.



Petang setelah habis waktu kerja seperti biasa 5.30 pm, aku telah singgah di sebuah klinik di Mantin bagi mengambil ubat sakit kepala dan dengan kesempatan itu aku juga telah menyatakan mengenai kesakitan jantung yang aku alami. Doc tersebut telah memberi nasihat supaya aku pergi ke Hospital untuk pemeriksaan lebih lanjut. Doc itu juga memberikan nasihat supaya aku lebih berhati-hati dalam pemilihan makanan, sebagai contoh daging ayam dan lembu, makanan berminyak, santan dsb. Doc menasihatkan supaya aku makan lebih banyak sayur-sayuran.


Ia benar-benar membuatkan aku bertambah risau. Adakah aku menghadapi sakit jantung yang kritikal? Mungkin aku akan mengutarakan perkara ini kepada doc yang bakal aku temui untuk sesi follow up di klinik pakar Hospital Tuanku Jaafar, Seremban pada 13 Nov nanti. Aku harap tiada apa yang serius mengenai jantungku. Sekiranya ada, aku terpaksa menerimanya dengan hati yang cekal,redha dan tabah dengan kesemua penderitaan yang aku hadapi ini.

Wednesday, October 24, 2007

Cafergot,Caffox dan Synflex


Pasti korang nak tau apa benda ni kan. Sebenarnya, kesemua diatas adalah ubatan yang aku ambil bagi mengurangkan kesakitan kepala atau lebih dikenali sebagai "Migraine".
Ubatan ini ada yang aku beli dari farmasi dan ada juga yang diberikan oleh doktor ketika pergi ke klinik. "Synflex" adalah ubat yang telah diberikan kepada aku ketika berjumpa doktor pakar Neurology di SJMC. "Caffox" pula telah diberikan ketika aku berjumpa doktor di sebuah klinik di Beranang sebagaimana disyorkan oleh seorang kawan kepada ibuku yang mengatakan klinik tersebut bagus. "Cafergot" telah aku beli di sebuah farmasi di Kelana Jaya sebagaimana disyorkan oleh Pharmacist farmasi tersebut.
Pada mulanya, kesemua ubatan tersebut banyak membantu aku meredakan sakit kepala yang aku hidapi ini. Lama kelamaan, ternyata sakit kepala aku semakin menjadi-jadi. Ubatan tersebut hanya mampu memberi kesan untuk waktu yang singkat, tidak seperti pada mulanya yang mampu bertahan untuk jangka masa yang lama. Nampaknya aku perlu mengambil ubatan tersebut dengan lebih kerap bagi mengurangkan kesakitan yang aku hidapi.
Satu perkara yang aku bimbang adalah kesan sampingan ubatan tersebut. Aku rela menahan kesakitan daripada menjadi mangsa kesan sampingan ubat tersebut. Bagi aku itu adalah yang TERBAIK.

Tuesday, October 23, 2007

TragedI OktobeR

Hari ini merupakan hari malang bagi aku..Dalam keadaan hujan agak lebat, seawal jam 6.53 pagi kereta aku telah dilanggar dari belakang oleh kereta wira. Pemandu kereta tersebut tidak dapat dikesan disebabkan oleh kesesakan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP). Aku telah cuba sedaya upaya untuk mengelakkan kemalangan berlaku, namun tetap terjadi juga. Oleh itu aku ingin mengingatkan kepada semua pemilik kenderaan, supaya lebih berhati-hati ketika di jalan raya. Bak kata pepatah melayu "Malang Tidak Berbau". Oleh itu, ambil iktibar dari kejadian yang menimpa mereka di sekeliling kita.

Monday, October 22, 2007

Salam Sejahtera

Assalamualaikum,

Ini adalah kali pertama saya berblogging. Diharap semua senior dalam blog nih bolehla membantu saya dalam blog nih.

Sekian.

Dean